Site Loader

Latarbelakang

Dasar penswastaan
diperkenalkan oleh PM Dr. Mahathir (Dr. M) pada 1983 selepas pelancaran Dasar
Persyarikatan Malaysia yang melibatkan lebih peranan pihak swasta dalam
membangunkan Negara. Menurut Norsiah Yusof (1993 – 2003) Penswastaan bermakna
pemindahan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia
ada atau yang baru untuk dikendalikan oleh sector swasta. Dasar ini
melambangkan pendekatan baru dalam dasar pembangunan Negara.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Malaysia antara negara awal
yang melaksanakan dasar ini sejak diperkenalkan di dunia oleh USA dan Britain
yang dilihat telah memberi faedah besar kepada kerajaan termasulah dari segi
pendapatan dan keutuhan politik,

 

Tumpuan

Mengikut Garis Panduan
Penswastaan, Penswastaan boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti
berikut:

•           Jualan

•           Pajakan

•           Kontrak Pengurusan

•           Bina

•           Bina-Kendali-Serah (BOT)

•           Bina-Kendali-Milik

•           Bina-Kendali

•           Bina-Pajak-Serah

•           Pembangunan Tanah/ Pertukaran Tanah

 

Objektif

(i)             
Mengurangkan
Bebanan Kewangan Kerajaan

Kerajaan telah
memperuntukkan jutan ringgit bagi membangunakn Negara dalam sector kesihatan,
pertahana, api dan air, insfrastruktur dan kemudahan awam yang lain. Perbelanjaan
ini terus meningkat dari masa ke semasa. Pada waktu yang sama perbelanjaan
untuk penyelengaraan juga tinggi melebihi satu pertiga dari keseluruhan
perbelanjaan mengurus Negara. Penswastaan akan membantu mengurangkan beban
kewangan kerajaan ini.

 

(ii)           
Meninggikan
Kecekapan Dan Penghasilan Kerja

Banyak
agensi kerajaan yang terlibat dengan perusahaan awam dan industry telah
menghasilkan pendapatan yang kurang memberangsangkan walaupun ianya adalah
perniagaan monopoli seperti letrik. Adalah dijangkakan dengan penswastaan
agensi ini akan membuat keuntungan dan kerajaan akan mendapat manafaat secara
dengan mengutip cukai.

 

(iii)         
Menggalakkan
Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara

Banyak
harta khazanah Negara yang belum diterokai sepenuhnya. Berbeza dengan agensi
awam yang agak lembab pengurusan juga dengan karenah birokrasi, kecekapan syarikat
swasta mampu meneroka peluang baru serta pekerjaan baru kepada rakyat.

 

(iv)         
Pembahagian
Sumber Serta Kecekapan

Kerajaan
akan berperanan sebagai pemudahcara dan pengurangan kerterlibatan kerajaan
dalam memacu ekonomi membolehkan pasaran bergerak bebas, sementara subsidi
kerajaan akan dikurangkan secara berperingkat.

 

(v)           
Mempercepatkan
Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru

Kerajaan dapat mengujudkan lebih banyak syarikat serta
pengurus bumiputera selaras dengan Dasar Eknomi Baru. malahan menurut Dr. M cadangan
penswastaan ini dibuat setelah badan-badan kepentingan bumiputera telah cukup bersedia
dan mampu seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), dan kepentingan rakyat
tidak akan terjejas malahan akan menguntungkan orang Melayu.

 

Matlamat

i.               
Dasar
ini akan mampu mengurangkan bebanan kewangan kerajaan

ii.             
Mampu
meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan.

iii.           
Ia
diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi Negara melalui pelaburan
modal oleh pihak swasta.

 

Justifikasi Dasar

Kerajaan
tidak seharusnya terlalu terlibat dalam pembangunan ekonomi Negara dan perlu
menghadkan perbelanjaan tunai awam bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan.
Dasar ini memberi peluang keuntungan bersama antara kerajaan dengan swasta,
Pihak swasta mengutamakan keuntungan bisnes dan kerajaan menjurus menjaga
kebajikan rakyat.

 

Strategi pelaksanaan

i.                
Ekonomi
negar mengalami perkembangan yang sangat positif, antara aspek penting untuk
strategi pembangunan ialah dengan meningkatkan daya pengeluaran, menambahkan
pelbagai asas industry, memodenkan sector kewangan serta perkhidmatan dan
lain-lain.

ii.              
Pada
peringkat permulaan kerajaan menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(Hicom) dan Hicom pula menubuhkan

a.     
Kilang
simen iaitu Kedah Cement Sdn. Bhd.

b.    
Kilang
besi berongga dan keluli (Perwaja) di Terengganu

c.     
Kilang
pembuatan kereta nasional (Proton) di Shah Alam

iii.            
Seterusnya
kerajaan menyumbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian di antara kaum
Bumpputra dan bukan Bumiputera dengan menubuhkan Permodalan Nasional Berhad.

 

Perubahan struktur

Kerajan
secara aktif telah memacu pembangunan ekonomi Negara dengan melaksanakan dasar
yang boleh mengubah struktur ekonomi secara beransur-ansur. Bermula dengan sector
pertanian dan komoditi kepada ekonomi industry moden, berintensifkan kemahiran
dan teknologi canggih yang berupaya menghasilkan pelbagai produk dengan
rekabentuk yang menarik memenuhi citarasa terkini.

 

Pertumbuhan
aktiviti dalam industry pembuatan yang berkembang yang pesat akan memerlukan
tenaga kerja berpendidikan dan berkemahiran. Perubahan struktur ekonomi ini boleh
menggalakkan kewujudan pembahagian pekerjaan mengikut gendaer.

 

Perubahan sikap

Persainagan
dapat meningkatkan kecekapan, perkongsian pintar antara kerajaan dengan swasta,
syarikat Multinasional akan bertindak sebagai penaung kepada syarikat yang
lebih kecil. Peluang pekerjaan juga semakin bertambah, dinamik dan mudah alih.
Pekerja agensi asal kerajaan  yang tidak
bersetuju dengan Dasar Penswastaan ini boleh memohon kekal dengan kerajaan
tetapi dipindahkan ke tempat yang baru. Mereka juga boleh memilih untuk
berhenti dan mendapat pampasan yang tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk
menjalankan perniagaan , menjadi usahawan baru.

 

Peraturan
dalam perkidmatan kerajaan (Perinteh Am) pekerja yang culas tidak dapat
diberhentikan dengan mudah tetapi dengan dasar penswastaan ini secara
automatiknya pekerja akan berubah sikap menjadi rajin kerana mendapat gaji yang
lebih tinggi ataupun bimbang dibuang kerja.

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Erica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out