Site Loader

Masalah sosial? Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ini? Secara ringkasnya,
kajian-kajian sebelum ini menyatakan masalah sosial menunjukkan gejala-gejala atau tingkah
laku-tingkah laku yang tidak diingini oleh masyarakat. Malah masalah sosial sebenarnya
sentiasa wujud dari dahulu hingga kini cuma isunya sahaja yang berlainan. Masalah sosial di
kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah yang melanda masyarakat dan negara semakin
meruncing dan amat membimbangkan, golongan remaja dan pelajar adalah aset negara dan
pemimpin di masa hadapan.Malah remaja sangat diperlukan oleh masyarakat dan negara
kerana golongan ini merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Mereka merupakan
golongan yang paling berharga serta harta yang tidak ternilai. Masa depan negara terletak di
tangan remaja kini. Seperti pepatah menyatakan ‘rosak remaja, pincanglah negara’. Kita tidak
mahu keadaan ini berlaku. Masalah Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini jelas
makin hari makin membimbangkan.
Menurut Abd. Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktorfaktor
persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan
perkembangan tingkah laku mereka. Memandangkan remaja merupakan aset kekayaan
semulajadi negara dan bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan
politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara kita. Ibu bapa memainkan peranan penting
dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Nilai dan norma dalam masyarakat biasanya
dipupuk oleh ibu bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak masih kecil. Peranan ibu
bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa
memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukkan moral yang baik. Ikatan kasih sayang, kemesraan dan perhatian serta kawalan
daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang melanggar
nilai dan norma masyarakat. Namun, pembabitan anak-anak dalam tingkah laku delinkuens
sedikit sebanyak adalah juga berpunca daripada ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah.
Kajian yang dijalankan ke atas 80 remaja berusia antara 13-18 tahun di Pusat Khidmat
Kebajikan Juvana, Alor Setar, Kedah ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang
signifikan di antara ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens remaja (p < 0.05). Selain itu, terdapat juga perkaitan di antara faktor demografi ibu bapa iaitu pendapatan, pendidikan dan status perkahwinan ibu bapa dengan tingkah laku delinkuens anak-anak (p<0.05). Oleh itu, dikemukakan beberapa langkah ke arah melahirkan kualiti hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak agar susana kekeluargaan yang dibentuk dapat menghindar anak-anak daripada terlibat dalam tingkah laku yang tidak betul. Mengikut analisis yang pernah dibuat didapati faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Ini juga menunjukkan ia mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding aspek-aspek lain. Kemungkinan ini berlaku pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Semasa melalui proses-proses perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau alami. Ini mengalahkan remaja untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernah mereka alami. Selain itu, terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan remaja selalu berada dalam gangguan emosi. Remaja terdorong untuk melakukan tingkah laku anti sosial akibat daripada kemurungan dan kebimbangan yang lebih dipengaruhi oleh faktor kekurangan psikologikal. Arieff dan Wardah (2006) juga menyatakan perlakuan remaja digambarkan sebagai perlakuan emosi. Walau bagaimanapun, jika diteliti, berdasarkan kepada remaja di dalam kajian ini, terdapat juga keadaan ibu bapa yang kurang menitikberatkan aspek-aspek tertentu di dalam mendidik anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa dikatakan tegas dalam memberikan hukuman kepada anak-anak mereka. Walaubagaimana pun aspek ini berada di tahap yang rendah, penyelidik berpendapat, remaja akan bertindak negatif jika disiplin ibu bapa ketat. Ini kerana ibu bapa yang lebih bersifat autokratik akan menjadikan jiwa remaja memberontak. Ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif di kalangan anak-anak, manakala jenis ibu bapa yang suka menghukum akan memberi kesan negatif terhadap tingkah laku di kalangan anak-anak. Ibu bapa pelajar dalam kajian ini juga dilihat jarang berada di rumah dan sering sibuk dengan kerja. Penglibatan Remaja dalam masalah sosial disebabkan faktor, rakan sebaya adalah golongan yang mempunyai keinginan dan pendapat yang sama dengan mereka. Kadangkala, perkara-perkara yang dilakukan oleh rakan mereka dianggap baik dan betul. Berdasarkan analisis yang diperolehi, responden terlibat dalam masalah sosial disebabkan mahukan kemewahan, lantas mereka kerap mencuri bersama dengan rakan-rakan. Penglibatan remaja dalam aspek ini dilihat mempunyai peratusan yang sederhana. Pada masa itu, wang adalah segala-galanya dan taraf hidup juga semakin meningkat. Ibu bapa responden tidak dapat memberikan kemewahan kepada anak-anak mereka. Lantaran itu, remaja akan mencuri bersama-sama rakan mereka kerana ingin mendapat kekayaan dengan mudah tanpa memikirkan akibat daripada tindakan mereka, menikmati kesenangan telah mendorong mereka melakukan apa sahaja demi mendapatkan kemewahan, lantas mereka akan mencuri. Selain itu, faktor penglibatan remaja di dalam masalah sosial adalah faktor kepuasan bersama rakan-rakan. Remaja akan berasa seronok dan puas jika mereka berkelakuan tidak sopan bersama rakan-rakan mereka. Kepuasan yang mereka perolehi bersama rakan-rakan adalah sesuatu yang menggembirakan mereka kerana mereka mudah menerima tingkah laku rakan-rakan mereka. Ini adalah kerana sifat semulajadi remaja yang dahagakan keseronokan. Apa-apa sahaja yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan kerana terikutikut sikap kawan atau pilihan sendiri. Dapatan kajian ini juga disokong oleh Romzi (2006) yang menunjukkan sebab utama remaja terlibat dengan kegiatan berisiko tinggi adalah untuk mencari keseronokan tanpa berfikir panjang. Selagi kuat keinginan untuk mencari keseronokan, semakin rendahlah kawalan dalaman diri mereka. Remaja terlibat dengan masalah sosial dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka dalam aspek perasaan kurang malu apabila bersama rakan-rakan mereka. Aspek ini menumpukan hubungan antara lelaki dan perempuan. Remaja tidak segan silu berdua-duaan dan bermesra bersama pasangan yang berlainan jantina di khalayak ramai. Ada yang berpendapat, pada usia remaja, naluri ingin berpasangan adalah tinggi dan remaja akan mudah jatuh cinta. Masalah sosial remaja semakin meningkat dan amat membimbangkan. Keadaan ini menimbulkan persoalan sejauhmanakah penghayatan nilai murni dalam kehidupan mereka dipraktikkan?. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa secara keseluruhannya penghayatan nilai murni pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Salah satu cabaran negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah untuk melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Bagi merealisasikan aspirasi negara, kemantapan dan kemurnian sistem pendidikan negara merupakan asas penting. Hasrat ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005). Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001) pengetahuan dan kefahaman nilai murni akan menimbulkan kesedaran dan penghayatan kepada pelajar tentang pelbagai isu moral yang seterusnya menguasai dan mempengaruhi amalan dan tindakan seseorang. Tajul Ariffin Noordin dan Nor'Aini Dan (2002) juga menjelaskan pembetukkan akhlak, etika dan nilai murni yang baik seseorang perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baik tentang nilai. Pusat Perkembangan Kurikulum (1990) telah menggariskan antara ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai baik dan buruk, mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan yang baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilainilai murni,mengharungi segala nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. masalah gejala sosial dan disiplin pelajar didapati semakin hari semakin serius (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2009; Ab. Rahman Ismail, 2008; Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri, 2007; Amaludin Ab. Rahman & Khadijah Alavi, 2007). Masyarakat sering membincangkan isu masalah gejala sosial terutama dalam kalangan remaja khususnya para pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Remaja sering dikatakan tidak berakhlak, tidak pandai membuat pertimbangan nilai dan pelbagai lagi ciri negatif (Lihanna Borhan, 2001). Masalah gejala sosial yang melibatkan golongan remaja dengan budaya lepak, curi, dadah, bohsia,mat rempit dan perlakuan yang bertentangan nilainilai murni serta sebagainya telah didedahkan kepada kita menerusi akhbar, radio dan televisyen. Keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja masih berleluasa. Ini jelas berdasarkan data bilangan kes salah laku pelajar seperti yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Bil Jenis Salah Laku 2010 2011 Jumlah 1. Berunsur jenayah 17595 18457 2. Berunsur kelucahan 3031 2163 3. Kurang sopan 18346 17189 4. Laku musnah 5212 5343 5. Kemasan diri 21384 20778 6. Ponteng sekolah 19545 18754 7. Kenakalan 8563 8923 8. Tidak penting masa depan 17808 18611 Data yang ditunjukkan jelas menggambarkan keruntuhan moral dan gejala sosial yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Ini memberi impak dan kesan terhadap sejauhmana keberkesanan sistem pendidikan kita membentuk generasi yang berakhlak, bermoral dan memiliki serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kekurangan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif (Fatimi Hanafi & Mohd Zamani Ismail, 2006). Begitu juga pernyataan bahawa penghayatan akhlak yang lemah sering dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak masa kini (Harery Abu Saad, 2007). Menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor 'Aini Dan (2002) masalah keruntuhan akhlak dan nilai berpunca daripada minda manusia yang terlupa akan tujuan sebenar mereka dihidupkan di dunia ini. Kealpaan ini menyebabkan manusia mudah tewas kepada tuntutan hawa nafsu dan bersikap materialistik (Tajul Ariffin Noordin dan Nor 'Aini Dan,2002). Akhirnya berlaku jenayah kolar putih, rasuah, pecah amanah, ketagihan dadah dan pelbagai tingkah laku yang menyimpang yang dilakukan bukan sahaja dalam kalangan orang yang kurang berpendidikan tetapi juga tidak terkecuali golongan yang dianggap intelek dan terpelajar. Menunggang motosikal bagi sesetengah orang merupakan aktiviti rekreasi. Namun kini aktiviti menunggang motosikal telah menjadi suatu sub-budaya devian bagi sesetengah yang lain. Penunggang-penunggang motosikal membentuk kumpulan, kelab dan persatuanpersatuan berasaskan minat dan kesukaan. Dalam hal ini pengkaji-pengkaji telah mengenalpasti wujudnya kelab motosikal yang dibahagikan kepada kelab konvensional dan devian (Barker, 2005; Barker & Human, 2009). Di Amerika Syarikat terdapat kelab atau geng motosikal yang dikenali sebagai the Big Four iaitu, Hell Angels, Outlaws, Bandidos dan Pagan yang dikatakan sebagai kelab One Percenters yang paling besar dan kekal bersifat radikal (criminal) (Barker, 2005), malah dikaitkan juga dengan jenayah terancang.Kumpulan penunggang motosikal yang menganggotai kelab atau geng sedemikian menonjolkan ciri atau sikap tidak akur kepada budaya arus perdana, taat setia kepada kumpulan, meraikan kebebasan dan terlibat dalam jenayah (Van den Eynde, 2007). Walaubagaimanapun di Malaysia kita sering mendengar penglibatan penunggang motosikal dalam perlumbaan haram. Seringkali penunggang motosikal yang berlumba haram dikenal pasti terdiri daripada golongan muda yang mencari adventure dan adalah risk takers. Sehubungan itu sesetengah golongan muda di Malaysia cenderung dilihat sebagai golongan yang sering dikaitkan atau terlibat dalam fenomena sosial yang menjurus kepada reaksi negatif masyarakat terhadap mereka. Fenomena Mat Rempit adalah antara isu popular dalam menggambarkan situasi tersebut. Mat Rempit umumnya ditanggapi oleh masyarakat sebagai penunggang motosikal haram yang sering melakukan aksi bahaya, cenderung terlibat dalam aktiviti lepak, terlibat dalam pengambilan dadah (Samsudin A. Rahim, 1994; Rozmi Ismail, 2004) dan kini laporan akhbar, artikel dalam laman web dan malah khutbah Jumaat sering mengaitkan mereka dengan jenayah ragut (JAIS, 2009; Mohd Zakuan Hj Tak, 2006; KOSMO 21 Julai 2010).Golongan Mat Rempit dikatakan membangunkan dan mengembangkan satu budaya 'baru' yang bertentangan dengan budaya masyarakat konvensional di Kuala Lumpur khususnya dan di Malaysia umumnya. Mat rempit cuba menggambarkan kepada umum corak hidup mereka yang menginginkan suatu adventure atau cabaran dalam hidup. Ini telah mengalakan perlakuan Mat Rempit melalui aktiviti mereka turut melibatkan masalah atau isu contohnya tingkah laku jenayah dan devian yang secara tidak langsung mengukuhkan imej negatif masyarakat terhadap mereka. Pelbagai istilah dijelaskan dalam perlakuan negatif kumpulan Mat Rempit. Turut terlibat dalam aktiviti jenayah seperti mencuri motosikal dan ragut. Aktiviti mencuri motosikal dilakukan untuk mendapatkan spare parts atau 'barang panas' bagi dijual atau digunakan sendiri. Motosikal curi dan bahagian-bahagiannya dijual dengan harga yang murah contoh motosikal Kriss yang harga sebenarnya adalah sekitar RM3500 hingga RM5000 dijual dengan harga sekitar RM200 hingga RM1500 sebuah. Hasil aktiviti penjualan motosikal curi dan ragut digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Akhirnya faktor diri sendiri merupakan faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial berbanding faktor latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan juga permasalahan persekitaran sekolah. Dapatan kajian menunjukkan aspek utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan perhatian dalam setiap perkara yang wujud dalam diri mereka., Dapatan daripada kajian ini menunjukkan latar belakang keluarga bukanlah faktor penting pelajar terlibat dalam masalah sosial. Tetapi antara aspek yang dilihat boleh mempengaruhi pelajar terlibat dalam masalah sosial ialah ketegasan ibu bapa dalam memberikan hukuman, kurang 

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Erica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out